Diet untuk wanita sihat yang menyusui
Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?
Sesetengah kalori yang diperlukan untuk
penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa
kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had
pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya
untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda
mula mencerai
susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap
pra kehamilan secara perlahan.
Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama.
Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama.
Apa yang perlu saya makan?
Anggap penyusuan badan sebagai motivasi
berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti
semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi
perang dan bijiran, buah-buahan
dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin,
kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala
adalah okay).
Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.
Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda
Pastikan anda minum banyak air – lapan
sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda
boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu
soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk
menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.
Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum
Dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang
baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa
yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga Cina yang lebih
tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan
jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain,
biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan"
badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda
melalui susu badan anda. Sila beringat bahawa bahan seperti kafein,
alkohol
dan toksin
lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari
memakannya secara berlebihan.
Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).
Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.
Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolikyang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Dapatkan zat besi yang banyak
Jika anda mengambil vitamin
tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi
selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan
zat besi tambahan. Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi
mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor
keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. Jika anda terus mengambil
vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit
pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang
seimbang dan pelbagai.
Bagaimana dengan diet semasa menyusui?
Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.
Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar